<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5320521771394584668\x26blogName\x3dMakanan+Melayu+Tradisional\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://makananmelayutradisional-kumpulan7.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://makananmelayutradisional-kumpulan7.blogspot.com/\x26vt\x3d-7083341057268942027', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
MAKANANMELAYUTRADISIONAL-KUMPULAN7 @blogspot.com ♥
Tuesday, August 17, 2010


Renungan Diri
Sabrina:Saya telah mempelajari tentang makanan melayu tradisional dan kami menghadapi kesukaran untuk berkumpul .





Amanina:Saya telah mempelajari tentang sifat bergotong- royong dalam projek ini . Setiap ahli kumpulan telah diberikan kerja masing-masing . Berkoperatif juga adalah satu sifat yang penting . Saya telah mempelajari lebih lanjut lagi tentang makanan tradisional orang-orang Melayu . Kesukaran adalah masalah untuk kami berkumpul dan membincangkan projek ini .



Hidayah:Saya telah mempelajari tentang makanan Melayu tradisional dan kumpulan kami menghadapi kesusahan dan kami sukar untuk membincangkan projek dan mengalami pengetahuan yang terhad dalam diri orang lain .



Hannah :Saya telah mempelajari tentang makanan Melayu tradisional dan bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain . Kita berkoperatif dengan satu sama lain . Kesukaran adalah masalah untuk kami berkumpul dan membincangkan projek ini .
Monday, August 16, 2010

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk. 


Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.

 Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras.

Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Kuih Tat Nanas merujuk kepada kuih Tat yang diperbuat daripada tepung dan jem.


Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi kuih tat nenas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas.

Sesetengah orang meletakkan tat nenas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya.Kuih tat nanas merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung dan jem.


Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas.

Biasanya kuih tat nenas dibuat hanya pada musim perayaan seperti hari raya dan kurang laku pada waktu biasa.

Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu atau ayam sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik.Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.


Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.

Rasa dagingnya yang lembut dan sedap.

Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian.


Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.


Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.



Resepi:
10 biji telur


600 gram tepung gandum

300 gram gula

Sedikit minyak untuk disapu pada acuan

Acuan baulu

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Melayu terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal.


Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong ,udang, limpa, dan hati (lembu).

Kuih Lapis  merupakan sejenis makanan berbentuk snek yang mudah dijumpai di Kepulauan Melayu. Kuih boleh dimakan pada bila-bila masa, dan sesetengah kuih cuma dibuat pada musim perayaan.
Resepi:
250g tepung beras


350g gula- boleh dikurangkan

250ml air sejuk

300ml air panas mendidih

200ml santan pekat-kalau nak lebih lemak, tambahkan 1 g santan, dan kurangkan air

1 sudu makan garam

3 sudu makan tepung ubi